Sunday, August 29, 2010

Maaf Bukan Penyelesaian Masalah sebenar!!!



Nie Ching minta maaf kepada Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching akan memberi penjelasan dan memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakannya menyampaikan ucapan dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menurutnya, sebagai ahli Parlimen, beliau mengunjungi surau tersebut untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau serta berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. Sumber : Utusan Malaysia

....................................................................................................

Maaf cakap la.. bukan isu politik sebenarnya tetapi lebih kepada kefahaman dalam melaksanakan nilai2 islam di tempat ibadat @ Masjid. Yb tak bersalah kerana YB tak memahami peraturan2 dan adab ketika didalam tempat beribadat orang islam. Isu ini lebih kepada menyerlahkan cici2 kejahilan golongan tertentu dalam menjaga adab dan nilai2 islam di tempat beribadat. Dan isu ini ditegur oleh blog2 berkenaan sebagai tanggungjawab dalam membetulkan keadaan. Jika tidak ditegur maka ianya akan berleluasa dan mencemar tempat ibadat islam.

Berbanding tempat ibadat agama lain, antara ciri2 yg membezakan surau dan masjid dengan gereja atau pon tokong adalah memasuki ruang ibadat dalam keadaan suci!!...

Yang pasti PAS belum lagi mampu memberi kefahaman nilai2 islam sebenarnya kepada penganut agama lain bahkan umat islam itu sendiri. ini lah bahana jika "topeng" yg dipakai dinilai daripada menilai kefahaman dan ilmu islam didada!

No comments: