Tuesday, August 24, 2010

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.


..................................................................................................................................................................

sekadar renungan.... banyak isu yg berlaku sekarang ini tidak menepati atau memahami konsep yg Presiden PAS ini terapkan...

1 comment:

udanggalah said...

Salam..Bukan sekadar duduk malah berkawan dengan syaitan pun dah tak jadi apa..alah bisa tegal biasa bagi puak-puak ni..