Saturday, August 7, 2010

Kilang Arak Shah Alam: Undi PAS Sama Dg UMNO?

Oleh Ibnu Hasyim (detikdaily)

MELIHAT Blog YB Khalid Samad 'Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg' . Tulisnya..."Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan.



Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu. cerita selanjutnya disini......

Kesimpulannya, masalah 'Arak' di Selangor perlu diselesaikan segera. Perlu dibuktikan usaha sedang dibuat, samada jangka pendek atau jangka panjang. Kalau tersekat kerana Kerajaan Pusat, buktikan dan dedahkan kepada rakyat halangan tersebut. Bukan halangan dari dalam PR sendiri. Rakyat Islam perlu diyakinkan, bahawa kalau PR memerintah Malaysia sekalipun, hukum-hukum Islam tetap mampu dilaksanakan.

Jangan sampai pengundi islam menganggap, Undi PAS dalam PR sama dengan undi UMNO dalam BN. Jangan sampai PR dihukum pada PRU 13 mendatang.


....................................

Setuju benar dgn saranan penulis diatas.... Jangan hanya sekadar untuk menutup ketidakmampuan PR dalam mengotakan janji tetapi bertindak dengan segera dalam melaksanakan janji2 yg dilaung2kan.... Bukan pindah tempat yg diwar2kan dahulu tetapi "TUTUP TERUS"!!!..... diulang sekali lagi "TUTUP TERUS"!!!!


2 comments:

udanggalah said...

Ini yang dikatakan memaku dulang paku serpih, mengata orang rupanya dia lagi lebih..Kalau masa BN kilang kecil kini makin besar, kalau 10 dah jadi 30..begitu juga rumah urut dan pusat-pusat hiburan lainnya...

Astarfirrullah..inilah kesannya PAKATAN untuk berkuasa bukan untuk menegakkan agama...

pacat said...

yes.... info terbaru berkaitan bantahan NGO yg inginkan pusat maksiat didudup di selangor.. masa BN ada 1000 pusat urut(hancus) tetapi kini dah meningkat 4000!! (parah @ nazak). PAS main peranan atau tak nie?