Wednesday, August 11, 2010

Khalid dicabar nyata pendirian! Bagaimana Tuan Guru lak?


KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan pemimpin Pas yang sealiran dengannya menyatakan pendirian terhadap kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu pemilikan hartanah di kalangan golongan bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Khalid dan rakan-rakannya itu wajar berbuat demikian supaya rakyat tahu pendirian sebenar mereka berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata, sepatutnya Khalid bukan sahaja bersetuju malah perlu menghormati serta mendokong kenyataan yang sekali gus mencerminkan pendirian sebenar Abdul Hadi dalam isu tersebut.

“Sekali saya mahu bertanya Khalid, adakah beliau dan beberapa pemimpin dalam Pas bersetuju dengan kenyataan Abdul Hadi?

“Saya sengaja menimbulkan persoalan ini kerana sebagai seorang Melayu adakah Khalid sanggup melihat pihak lain mempersendakan hak orang Melayu yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan,” katanya hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Khalid yang antara lain menuduh beliau cuba melaga-lagakan antara Pas dan DAP ekoran kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Sumber : Utusan Malaysia

........................................................................................................

Kata ku : Rasanya dari awal idea ini terpancul dari mulut Tony Pua je Khalid terus menyatakkan persetujuan keatas idea nie.. tk silap aku la dari pembacaan dan info2 blog lain. Cuma aku nak dengar dari Mulut Tuan guru Nik Aziz lak.. sbb dia nie sealiran dengan Anwar @ PKR. Mgkin kah dia akan bersetuju dgn Tony Pua?? tunggu komennya..........

No comments: