Tuesday, August 31, 2010

Islam bukan seperti tukar pakaian!!!!!

IPOH – Keengganan kira-kira 300 penyokong yang mendakwa dari parti Hak Asasi Manusia (HRP) mematuhi arahan polis supaya bersurai membawa padah apabila seorang daripada mereka ditahan ketika cuba menyerahkan memorandum kebebasan beragama kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhampiran Istana Kinta di sini, semalam.

Keadaan aman bertukar kecoh apabila seorang anggota polis dikatakan mencampakkan memorandum yang diletakkan kumpulan berkenaan di belakang kenderaan pasukan keselamatan itu supaya dapat diserahkan kepada pihak istana.

Kumpulan itu akhirnya bersurai kira-kira jam 12.30 tengah hari dan bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atas dakwaan bertindak ganas dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superinten-dan Ibrahim Abu Bakar berkata, dalam kejadian jam 11.40 pagi, lelaki berusia 50 tahun itu, ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Rodzi Rajab ketika ditahan untuk diperiksa dalam sekatan polis.

Menurutnya, lelaki yang dipercayai seorang ahli kumpulan terbabit memandu kenderaan bersama tiga penumpang lain ditahan selepas melanggar sekatan polis dalam usahanya mengikuti perarakan bersama penyokong HRP bagi menghantar memorandum ke Istana Kinta.

“Lelaki itu kini ditahan bagi siasatan lanjut di atas kesalahannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Ibrahim berkata, pihaknya sudah memberi kebenaran kepada penyokong kumpulan itu menghantar memorandum dengan syarat hanya sebuah kereta dengan empat penyokong termasuk pemandu dibenarkan memasuki istana seawal 9 pagi.

“Bagaimanapun, kumpulan itu mendakwa memorandum ada pada rakannya yang belum tiba dan mereka menunggu sehingga hampir jam 12 tengah hari.

“Syarat ini ditetapkan wakil istana dan polis bersetuju, tetapi kumpulan ini masih berdegil sehingga kami terpaksa menghalang tindakan mereka itu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lebih 50 anggota polis berkawal di Jalan Raja Dr Nazrin Shah untuk memastikan tiada perarakan besar-besaran berlaku yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja HRP, P Uthayakumar berkata, perhimpunan dan perarakan itu diadakan secara aman dan tidak berniat untuk mengganggu ketenteraman awam.

Menurutnya, tujuannya adalah untuk menghantar memorandum yang mengandungi 5,000 tandatangan rakyat kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja supaya dapat diserahkan kepada Sultan Perak bagi mempertimbangkan rayuan terhadap hak kebebasan beragama sepertimana terkandung dalam Artikel 11 Perlembagaan Negara.

“Malangnya, kami dihalang daripada berbuat demikian oleh polis yang sudah mula berkawal di kawasan istana sejak jam 9 pagi,” katanya di sini, semalam.

Uthayakumar berkata, memorandum itu dihasilkan selepas beberapa rakyat tidak mendapat keadilan daripada kerajaan, mahkamah dan polis.

“Alternatif terakhir ialah bertemu dengan sultan untuk membuat rayuan mendapatkan keadilan bagi mereka yang menuntut hak kebebasan beragama,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, surat untuk membuat temu janji dengan pihak istana sudah dihantar pada 24 Ogos lalu.

Mereka yang tidak berpuas hati kerana didakwa kononnya dipaksa untuk menganut agama Islam tanpa kerelaan ialah S Banggarma, 28; K Rani, 46; dan tiga adik beradik, K Rajiwah, 34; Rajina Mohd Zaini @ Krishnan, 32; dan Rajeni Mohd Zaini.

Sumber : Sinar Harian
..................................................................................................................................................................

Kekecohan berlaku lagi!!!!....
Dasar suka membuat kecoh.. muka2 yg terlibat adalah mereka2 yg biasa membuat kecoh dan saja mencari punca untuk mula bertindak kasar!!!..
Isunya "kebebasan Beragama".... Aku nasihatkan kaki2 kecoh selidik dahulu kenapa isu kebebasan ini tidak sesekali merangkumi ISLAM.
Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama tetapi perlu diingatkan sekali lagi islam tidak membenarkan penganutnya sesuka hati menukar agama setelah memeluk islam!!!... islam bukan barangan gadaian ataupon bahan mainan...

Islam perlu tegas dalam menangani isu ini. terutama melibatkan puak2 yg suka mencetuskan ketegangan melibatkan isu agama ini!!.. Jabatan Agama Islam Perak perlu lebih giat menerangkan isu menganut islam bukan seperti agama lain!!!


PAS.... taknak ambik kesempatan ke isu ini untuk menghentam Kerajaan PERAK? Sahabat baik PAS kan ada dalam klompok tuuuu??

No comments: