Wednesday, August 18, 2010

GEMPAR!!! PAKATAN RAKYAT MENGUNAKAN NAMA PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SUNGAI RAPAT UNTUK KUTIP ZAKAT/DERMA ! Warwar kan!!

YB Dato Hamidah Osman sedang menulis laporan di Balai Polis Gunung Rapat

Satu laporan polis telah dibuat oleh YB Dato Hamidah Binti Osman ADUN Sungai Rapat terhadap Pakatan Rakyat yang telah menyalahgunakan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat untuk memungut zakat/derma, laporan tersebut telah di Balai Polis Gunung Rapat, Medan Gopeng Ipoh perak. dalam Laporan itu berbunyi begini:


Saya Hamidah Binti Osman telah menerima sepucuk surat kutipan Derma/Zakat yang menggunakan kepala surat rasmi Pusat Khidmat Masyarakat (PR) DUN Sungai Rapat memohon derma/sumbangan dari orang ramai tanpa kebenaran daripada pihak berkenaan.
Surat yang telah ditandatangi oleh En Radzi Bin Zainon juga telah mengarahkan sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat iaitu akaun Bank Muamalat. Sedangkan saya tidak pernah mengarahkan demikian.
Saya percaya adalah menjadi satu kesalahan jenayah bagi mana-mana pihak memohon apa-apa sumbangan/zakat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ia juga boleh menyebabkan salahguna kuasa dan penipuan wang zakat rakyat oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
Surat berkenaan juga menggunakan nama pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat dan menggunakan lambang kerajaan Negeri Perak, padahal pusat Khidmat masyarakat DUN Sungai rapat adalah dibawah DUN yang saya wakili. Keadaan ini akan mengelirukan penduduk setempat seolah-olah saya telah memberi kebenaran surat ini dikeluarkan.


Pihak yang berkenaan juga telah menggunakan alamat pusat Khidmat Masyarakat berkenaan berhampiran dengan alamat pusat khidmat saya iaitu di Lapangan Terbang, Medan Gopeng,Ipoh. Ini semakin mengelirukan penduduk setempat.
Saya juga tidak pernah melantik Radzi Bin Zainon sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat saya dan ia merupakan satu penyamaraan yang serius. selanjutnya di Blog Pengundi Setia Sungai Rapat

.........................................................................................................................

Dengan berlaku perkara seperti ini maka masyarakat perlu lebih berhati2 untuk menghulur sebarang derma atau pon zakat. Biar banyak soal jangan tersalah memberi sedekah atau zakat.

Den sarankan.... Sedekah lah kepada saudara2 atau jiran2 terdekat yg benar2 memerlukan bantuan..


No comments: