Sunday, August 29, 2010

Edaran Segera : PAS putar belit Fatwa Kebangsaan Untuk Bela Kafir Harbi DAP !!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjungan dan untuk keluarga, sahabat dan Ulama yang berjuang menegakkan Islam.

Amma Ba'du


Isu bukan Islam memasuki masjid telah kecoh di dada akhbar negara kita. Perkara yang cuba dihalalkan oleh PAS yang kini bangga dengan taglinenya 'For All'

Maka dengan bangga juga Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang dan juga terbaru Ahli Parlimen PKR Selayang yang telah masuk ke ruang solat.

Dibawa pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan dengan harapan rakyat yang bodoh akan mudah ditipu oleh PAS yang sudah sangat terdesak dan tersepit antara kepentingan agama dan kepentingan peribadi.

Maka Mahfuz Omar (klik sini) telah menjawab dengan yakin sekali bahawa perbuatan Adun Bukan Islam itu tidak salah dengan membawa fatwa Kebangsaan.

Mari kita tengok keputusan Fatwa tersebut bagi melihat benar atau tidak dakwaannya yang boleh diakses di sini http://www.e-fatwa.gov.my/ :





Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Tarikh Keputusan:
1 Mar, 2010
Tarikh Mula Muzakarah:
1 Mar, 2010
Tarikh Akhir Muzakarah:
1 Mar, 2010
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-90
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Apabila Mahfuz Omar membawa fatwa beliau sengaja buat buat lupa bahawa syarat yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa ialah mendapat keizinan pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid.


Dalam kes adun DAP jelas kita lihat syarat kedua iaitu tidak mencemarkan kesucian masjid sudah tidak dipenuhi. Dimana perbuatan membiarkan aurat jelas berlaku di ruang solat umat Islam.

Maka apabila syarat tersebut tidak dipenuhi tentulah orang bukan Islam samada mereka itu pelancong atau ahli politik.

Kesuciaan tidak sekadar luaran, tetapi secara maknawi / rohani juga perlu dikira dalam bab ini. Mungkin pakaiannya bersih tetapi adalah akidahnya bersih seperti kita orang Islam ? Adakah ada pembesar Quraisy yang memasuki masjid untuk berceramah kepada orang Islam di zaman Rasulullah s.a.w ??????

Sebelum ini Sultan Selangor telah bertitah agar masjid dan surau jangan dibiarkan dimasuki elemen politik. Ini titah dan menjadi perintah yang wajib ditaati oleh semua pihak samada Islam atau bukan Islam.

Bukankah apabila perintah Sultan dihina ia juga satu pencemaran kepada agama ? Adakah tindakan yang jelas menderhaka titah Sultan agar rumah Allah tidak dipolitikkan itu boleh dikira sebagai satu perkara yang baik dan tidak bercanggah dengan agama ?

Kekecewaan Sultan Selangor yang murka tindakan masuk rumah Allah oleh Ahli Parlimen DAP itu jelas seperti laporan di sini http://www.utusan.com.my/

Dosa menderhaka kepada titah Sultan lagi besar dari dosa dosa yang lain...Begitu juga membiarkan musuh agama menggunakan rumah Allah untuk mendapat keuntungan politik juga adalah satu PENGKHIANATAN dan PENDERHAKAAN yang teramat jelas !


Lihat berapa banyak insiden mencemarkan rumah Allah telah dibiarkan oleh PAS dan penyokong mereka sendiri menjadi talibarut membiarkan rumah Allah dicemarkan oleh Bukan Islam yang cuba mencari pengaruh politik di tempat ibadat orang Islam.

Insiden yang berlaku jelas menunjukkan kesucian Islam sudah dicabar sedikit demi sedikit oleh kafir harbi DAP yang jelas diketuai oleh Karpal Singh yang anti Islam.

Maka HARAM bagi orang Islam membiarkan musuh agama Islam memasuki ruang masjid meskipun atas dasar apa sekalipun samada untuk menyampaikan sumbangan atau bantuan.

Mahfuz Omar perlu dedahkan apa sebab dia begitu bersungguh-sungguh membela tindakan ahli politik bukan Islam masuk rumah Allah ?

Adakah dia berani menghadapi hukuman Allah di akhirat nanti kerana bersubahat dengan orang bukan Islam demi memperdayakan umat Islam di rumah Allah ?

Adakah tidak ada tempat lain yang boleh dijadikan tempat untuk tujuan membahagikan bantuan oleh ahli politik bukan Islam tersebut ?










Sebelum beredar sila baca juga Fatwa Majlis Kebangsaan tentang perpecahan Orang Melayu Islam di laman JAKIM



Masalah Perpecahan Orang Melayu/ Islam

Tarikh Keputusan:
15 Feb, 2001
Tarikh Mula Muzakarah:
15 Feb, 2001
Tarikh Akhir Muzakarah:
15 Feb, 2001
Oleh:
Mesyuarat Khas
Keputusan:
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 15 Februari 2001 telah membincangkan Masalah Perpecahan Orang Melayu/ Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:
  1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplin ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
  2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun Iman dan rukun Islam seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.
  3. Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah dan menyeleweng.


sumber : PPC

1 comment:

udanggalah said...

Salam..Kafir tu bukan pelancong..malah pelencong yang bakal merosakkan..tapi dah sahabat tak kiralah...semua boleh...!