Wednesday, August 18, 2010

DR RIDHUAN TEE DICABAR SERTAI UMNO!.. Bacul sungguh PAS!!!

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Pemuda PAS mencadangkan agar Dr Ridhuan Tee menyertai Umno dan mengishtiharkannya secara terbuka ekoran tuduhan penulis itu terhadap PAS.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abd Rani dalam satu kenyataannya sangat kesal dengan tulis Ridhuan yang mendakwa "PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir". Sehubungan itu, Azman berkata, "inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Dr. Ridhuan Tee sendiri."

Ridhuan Tee adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional. Semasa menjadi pelajar di UKM, beliau adalah pemimpin pelajar di sana. Selepas belajar, beliau pernah bertugas di Harakah sebagai pegawai kawalan kredit akhbar PAS itu.

Kata Azman, kenyataan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam tulisannya dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia, tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi. Beliau yang merupakan seorang yang berkelulusan BA(Hons)Political Science (UKM), MA Strategic Studies (UKM), PhD Politics and Government (UPM), Dip. Islamic Studies (UIA) sepatutnya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan, katanya. selanjutnya di Gerakan Timur
....................................................................................................................

Perangai pemimpin PAS macam tu la.... kena tegur sikit mula la cabar mencabar... suh ini la.. suh itu la.. masuk politik la.. p masuk tong sampah la.. mentaliti lemah tahap bangang tak Leh diajar dan ditegur... jangan terkejut kalau anak2 zuriat mereka pon berperangai macam tu gak!!
Kalau anak jantan jawab la secara ilmiah wahai pemimpin2 PAS yang bebal!!!.... Langsung tak boleh ditegur dan ditunjuk akan kesilapan yg mereka lakukan... bagus sangat ke?? tak penah lakukan kesilapan ke.. tak ada dosa ke.. mgkin diaOrang nie dah g INDIA and mandi sungai KALI untuk hapuskan dosa2 mereka kot!!!!.........

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Kenapa tak suruh PAS Selangor masuk UMNO sebab bantah Tony Phua?

Suruh semua yang bantah dan hentam PAS dan PR masuk UMNO laa sebab FartWa PAS berbunyi "Hanya orang UMNO saja yang layak menghentam dasar PAS".

Aku yang Bingai
Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang