Wednesday, August 11, 2010

Bayi dibuang lagi!!




MELAKA 11 Ogos – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui masih hidup di dalam tong sampah di sebuah kilang di Ayer Keroh di sini awal pagi ini.

Tangisan bayi tersebut disedari seorang pengawal kilang berkenaan yang ketika itu sedang bersahur kira-kira pukul 5.15 pagi.

Ekoran itu, polis menahan sepasang kekasih yang merupakan pekerja kilang yang merupakan pekerja kilang terbabit, kedua-duanya berusia 18 tahun dan dipercayai ibu bapa bayi berkenaan. – Utusan

..........................................................................................................................................................................

Masalah buang bayi terus melanda dan ini yg terbaru berlaku di Melaka dinegeri yg mencadangkan Skolah Hamil. Pelbagai kempen dijalankan dan dilaksana bagi membenteras kes seperti ini tetapi jika golongan sasaran masih lagi tersasar matlamat hidup apa yg dilakukan kerajaan dan rakyat perihatin menjadi sia sia.

kata aku la : elok pesalah2 kes buang bayi didedahkan wajah mereka dikhalayak umum dan laman web yg memuatkan kekejaman mereka. ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar sekolah dan remaja yg ingin bjinak2 dgn masalah sosial dan pedoman buat mereka yg ingin mengambil iktibar. Susah sungguh nak melaihat wajah insan2 yg kejam tu didada akhbar dan berita TV kerana dikaburkan.

No comments: