Tuesday, August 31, 2010

Ayam berkokok je terus laksana!!!!!!


ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan, beliau pernah didesak supaya meletak jawatan oleh ahli Pas sendiri yang tidak sabar mahu melihat Kerajaan Kedah pimpinannya segera melaksanakan hukum hudud.

Azizan berkata, desakan itu disuarakan pada awal penggal tidak lama selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

“Perkara itu sudah lama. Ketika itu, kita baru saja ambil alih negeri Kedah. Ada cadangan menyuruh saya ikut Kelantan laksana hudud, tetapi takkan lah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri,” katanya.

Azizan berkata, ketika desakan itu dibuat, keadaan tidak praktikal untuk melaksanakan sistem perundangan baru dan tidak menolak kemungkinan akan dikaji pada masa akan datang.

Bagaimanapun katanya, melaksanakan hudud bukan agenda utama Kerajaan Negeri dan tidak diberi keutamaan buat masa ini.

"Kelantan pun sehingga kini sukar untuk melaksanakan hudud. Saya rasa, Kedah elok tunggu sehingga Kelantan buat dulu dan melihat bagaimana ia diterima pakai supaya kita dapat melihat implikasi pelaksanaannya," katanya.

Azizan berkata, jika Kelantan melaksanakan hudud sekalipun, Kedah tidak perlu terburu-buru meniru negeri itu semata-mata sebab mahu menguatkuasakan undang-undang syariah.

"Situasi kedua-dua buah negeri berbeza, penerimaan pun mungkin berbeza kerana Kelantan majoriti penduduknya Melayu,” katanya.

Azizan berkata, meskipun hudud bukan menjadi keutamaan di Kedah, usaha menerapkan nilai-nilai Islam lebih diberi penekanan sama ada dalam urusan pentadbiran mahupun kemasyarakatan.

“Keutamaan kita adalah untuk menerapkan nilai-nilai Islam terlebih dahulu, antaranya memerangi rasuah dengan kesedaran, meningkatkan kebajikan rakyat serta menolak penyelewengan. Ini pun kita buat secara perlahan-lahan supaya dapat diterima semua pihak,” katanya.

Azizan berkata, untuk melaksanakan sistem hudud, ia juga bergantung kepada keupayaan sesebuah negeri untuk menguatkuasakan perundangan itu dalam kalangan rakyatnya.

“Biarlah Kelantan buat dahulu, kita tengok kesannya,kemudian kita nilai dan pertimbangkan," katanya

sumber : Sinar Harian
............................................................................................................................................

Teringat kata2 pemimpin2 PAS dalam ceramah.. jika menang pilihan raya.. esok pagi ayam berkokok je atara yg akan berlaku adalah.. laksana hudud... tutup kedai arak.. premis judi!!!
la nie apa jadi... banyak lak U turn nye.. itu la.. ini la... BN punya pasal la.... tak cukup ilmu la... kekurangan itu ini la...tunggu kelantan laksana la!!!!

wahai PAS.. boleh atau tak wat apa yg korang janji nie???????????????? kalau tk boleh jangan janji!! jangancakap ikut sedap mulut je.... bila tanya lik bila nak laksana... banyak alasan... main tanguh2 laksana lak.. sebijik macam kes liwat tu!!! korang pon dah kena liwat ke??

hakikatnya PAS sekadar jaguh berkokok tetapi punggung penuh taik penipuan!!!!

Lihat seperti DAP.. berjanji untuk memansuhkan peniaga kakilima melayu dan memberi ruang kepada cina2 untuk bertapak di kaki lima.. nah!! tengok la di Penang sekarang!!!!!!!! kotakkan janji biarpon perit diterima oleh bangsa lain... untuk kebaikan ummah!!

No comments: