Friday, August 20, 2010

Anwar, Wan Azizah terus membisu mengenai Azmin Ali!!!!

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bersikap membisu berhubung persoalan beliau terlalu memberi keistimewaan kepada Naib Presiden parti itu, Azmin Ali.

Bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan berkata, meski dicabar membuat penjelasan tersebut, Anwar tetap 'mengunci' mulutnya daripada menjawab persoalan itu.

Menurutnya, apa yang dikesali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga mengambil langkah sama apabila membicarakan tentang kedudukan istimewa Azmin kepada Anwar.

''Kenapa takut hendak menjawab tentang kedudukan istimewa Azmin? Kenapa masih merahsiakan perkara itu? Mereka perlu terangkan tentang hal berkenaan.

''Saya ingin meminta penjelasan apa sebab Azmin boleh kawal Anwar sehingga apa sahaja yang Azmin mahu, Anwar pasti bagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azmin selaku Naib Presiden PKR baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia membuktikan kedudukan istimewa Azmin kepada penasihat parti itu.

Namun, Anwar dalam reaksinya berhubung perkara itu mendakwa pelantikan Azmin dibuat tanpa sebarang agenda tersembunyi sebaliknya mahu Abdul Khalid menumpukan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Nallakarupan sebelum ini pernah mencabar Anwar dan Wan Azizah supaya menjelaskan kenapa Anwar terlalu memberi keistimewaan kepada Azmin.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua mereka tidak membuat sebarang kenyataan berhubung hal berkenaan.

Mengulas lanjut Nallakarupan berkata, layanan Anwar terhadap Azmin sungguh menghairankan dan ramai ahli PKR yang memperkatakan mengenainya.

''Orang PKR sendiri mengatakan bahawa Anwar lebih layan Azmin daripada Nurul Izzah (anak perempuan Anwar).

''Justeru, saya minta Wan Azizah sebagai isteri Anwar dan juga Presiden PKR supaya memberi penjelasan mengenai perkara itu,'' tegasnya.

sumber : Utusan Malaysia

................................................................................................................................................................

Adakah isu "affifah" yg menjadikan anwar seperti lembu dicucuk hidung. Maklum lah Azmin lebih mengetahui isu ini melibatkan keluarganya sendiri. dan wan azizah pon tahu isu ini jika tersebar dan Azmin pecah "lobang" maka bukan sahaja anwar malah azizah dan seluruh keluarga akan menanggung malu kerana merahsiakan kebenaran serta melukai hati insan kecil bernama "affifah"!

2 comments:

Anonymous said...

Inilah akibatnya bila tak sedar diri dan lubang kubur dah mula menyeru nama...tapi keinginan mengalah nafsu kuda...main taram saja tak kira lelaki atau perempuan.

Saya rasa yakin kebenaran "catatan merah" tuan itu....dia dah kena "nasi kangkang" azmin dah...

udanggalah said...

Wan Azizah Isteri yang setia terhadap suaminya..dia akan ikut arahan Anuar..kalau disuruh tutup mulut begitulah jadinya..bisu...