Wednesday, August 11, 2010

Anwar berjaya ubah lanskap politik negara!!


KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memetakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Beliau yang juga Ketua Parlimen DAP membuat justifikasi demikian setelah melihat peranan Anwar dalam memangkin tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Setiap tindakan dan pandangannya memberi kesan yang penting terhadap halatuju negara kita," ujarnya seperti dipetik dari sesawang Suara Keadilan.

Difahamkan, pengakuan penuh sentimental itu diluahkannya semalam sempena meraikan hari ulang tahun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ke-63.

"Masej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan dalam negara kita," katanya.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengaku bahawa populariti Anwar menggamit jutaan rakyat, khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

Sumber : HarakahDaily

..................................................................................................................................................................

Lanskap politik yang berubah adalah :-

1. Mempersoalkan ketuanan Melayu di Tanah Air Sendiri.

2. Mencabar kedaulatan Sultan Melayu

3. Menunjukkan kemaksiatan dan judi diterima majoriti penyokong islam PAS dgn tiadanya tindakan @ menunaikan janji.

4. Mempersoalkan hak2 Melayu seperti diskaun perumahan @ pemilikan harta

5. Kesucian agama islam dan penggunaan perkataan "ALLAH" dicemari berkali2 dgn membenarkan penggunaannya oleh bukan islam.

6. Banyak lagi la....... fikir2 lah sendiri.... untuk kepentingan islam, melayu, anak2 kita dimasa depan.

No comments: