Monday, August 16, 2010

ADUN 'tidak dibenar' buat gotong-royong di surau! PAS Bebal!!

IPOH 14 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman 'tidak dibenarkan' membuat program gotong-royong memasak bubur lambuk di sebuah surau di Taman Song Choon dekat sini pada 1 Ramadan lalu sedangkan premis itu terletak di dalam kawasan beliau.

Alasan yang diberikan oleh pengerusi surau tersebut adalah kerana ahli politik tidak dibenarkan terlibat dengan surau berkenaan dan perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu oleh jawatankuasa surau berkenaan.

Namun, yang menariknya, pada tarikh tersebut juga, pengerusi surau itu menjemput Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyampaikan 'tazkirah'nya di situ.

Hamidah ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut berkata, beliau berasa kesal kerana 'tidak dibenarkan' mengadakan program memasak bubur lambuk di surau tersebut pada hari pertama umat Islam berpuasa.

Katanya, semasa permohonan dibuat, pengerusi surau berkenaan memberikan alasan perlu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu sebelum dapat memberi keputusan.

"Dia (pengerusi surau itu) janji hendak hubungi saya balik tetapi tiada apa-apa selepas dua hari.

"Persoalannya, ia begitu negatif sejak awal lagi. Selepas isu itu masuk dalam blog, barulah program saya diluluskan 8 September ini, itu pun dekat hari raya," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.


..............................................................

tu la sikap diorang.. baru menguasai surau dah tunjuk sikap double standard cuvanis diorang kat orang lain. tu sesama islam tu!! nak lagi wakil rakyat ini bertudung, sopan dan bertanggungjawab!!.. dulu cakap wakil BN munafik sebab wanitanya tak bertudung.. skrg dah ramai bertudung masih lagi tak dapat terima kenyataan. Yang nyata hati fikiran dan otak mereka memang dah tak betul!!! tapi kalau puak2 DAP dtg surau tu bukan je peluk2 salam2 cium tangan siap biarkan diorang pijak lantai surau tempat sujud umat islam untuk berceramah dan porak perandakan rakyat!!!.....

2 comments:

ISAC said...

Salam...

Tak berapa nak cerdik lah tu... kalau bagi YB tu terlibat harus jugak dapat sumbangan beberapa ribu untuk tambah jumlah bubur...

Bukannya suruh dia bagi ceramah supaya mengundi Umno/BN, sama2 masa bubur aje...

Bingai @ Bangang said...

Aku setuju. Jangan benarkan ADUN gotongroyong.

Hanya Ahli Parlimen sahaja yang layak seperti Ahli Parlimen PAS gotong-royong mengedar risalah ceramah gereja di Sibu.


YB = Yang Bingai @ Bangang
Menantu Hantu - Edisi Khas di Tendang Terajang